Letar Belakang Majlis_Pembakuan_Bahasa_Cina_Malaysia

Terdapat kira-kira 7.2 juta orang Cina di Malaysia (26% daripada jumlah penduduk). Penggunaan bahasa Cina dikekalkan menerus pendidikan vernakular bahasa Cina. Pelbagai dialek bahasa Cina juga digunakan.

Kebanyakan orang Cina Malaysia menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah vernakular yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Pada tahap sekolah menengah, terdapat pelajar yang memilih untuk belajar di Sekolah Persendirian Cina.

Media bahasa Cina juga berkembang pesat di Malaysia. Sin Chew Jit Poh merupakan surat khabar yang paling banyak diedarkan berbanding dengan surat khabar lain di Malaysia. [2] Berita bahasa Cina juga disiarkan oleh stesen television negara seperti TV2 dan Bernama TV, dan stesen swasta seperti TV3, ntv7 dan 8TV.

Tulisan Cina ringkas juga digunakan di Malaysia.